SAYA baru menerima satu emel daripada seorang teman media, berupa beberapa keping gambar menunjukkan seorang ibu tua berlumuran darah yang akhirnya meninggal dunia di hadapan anak lelakinya yang masih kecil. Kala itu, tidak perlu membaca klausa ayat yang tertera di bawah gambar, lantaran gambar itu sudah mampu bercerita hingga terbit sebak di dada!
Lalu terfikir di kepala saya, jika umurnya ditakdirkan berpanjangan bagaimana agaknya kanak-kanak ini bisa membesar menjadi insan luhur? Setiap hari hanya disogok dengan keganasan dan penderitaan, pasti trauma dan rasa kebencian itu akan mengeraskan hatinya dan membentuk dendam tidak berkesudahan..
Kelak, mana mungkin mereka akan belajar mencintai kedamaian dan kasih sayang apabila perasaan dan jiwa mereka diregut kejam seperti itu oleh puak-puak Zionis yang jelas umpama Syaitan bertopengkan manusia!
Dan jika dunia ini masih berputar 10 atau 20 tahun akan datang, maka Islam kelak takkan lagi bereflekskan kasih sayang, kesucian dan kedamaian mengikut landasan asalnya. Masyarakat Islam kelak hanya akan berkembang menjadi masyarakat yang keras, degil dan penuh dendam hatinya. Tiada lagi lembut hati serta bersih hatinya lantaran sejak kecil mereka terus-terusan disogok dan dijamu dengan permandangan kotor dan menjijikkan daripada penindasan serta kekejaman yang dilakukan di hadapan mata mereka sendiri!
Kini saja sudah jelas berlaku dihadapan mata, Islam dilabelkan dengan keganasan? Bagi saya, usah disalahkan pada masyarakat Islam lantaran budaya itulah yang dipelajari daripada masyarakat Jahil seluruh dunia!
Itu adalah hakikat. Manusia-manusia hina yang tiada peradaban ini sentiasa menekan, mendesak, memaksa setiap umat Islam untuk membuak-buak perasaan marah dan dendam mereka untuk membalas siri kekejaman serta sikap maharajalela mereka yang tidak bertamadun itu!
Entah apa pula yang perlu aku sumbangkan kepada masyarakat Gaza terutama kepada anak-anak kecil dan warga tua di sana? Bagi saya sekarang ini, hanya doa tulus sahaja yang mampu disalurkan agar Tuhan memberi pengajaran kepada puak-puak Yahudi itu!
Saya kini cuma yakin kepadaNya. Hanya pertolonganNya sahaja yang mampu meleraikan semuaaa…..
Selain itu, saya turut menyokong usaha untuk memboikot semua barangan daripada Amerika seperti Coca Cola, Md Donald, KFC, Sturbuck dll… yalah, bayangkan selama ini mereka menggunakan wang yang kita laburkan di syarikat TNC mereka untuk menghancurkan Islam serta saudara seagama kita sendiri. Saya tidak sanggup lagi!!!
Oh Ya… saya memang ingin berkongsi juga gambar-gambar ini, lihatlah dan kamu hayatilah sendiri bagaimana perasaannya!
Wahai Saudara Islam Ku!

Anak ini sedang mencuba untuk menyelamatkan ibunya yang sudah dalam keadaan kritikal. Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Bagaimanakah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia? Pejamkan mata kamu buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh kamu ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.
Surah Al Fil:

”Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah……. . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis.. amin . …”> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi – dengan Izin Allah)
Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain..
Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa,
kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang…InsyaAllah akan ikut berdoa…
Jadi marilah kita bersama-sama berdoa untuk keselamatan, keamanan dan kebahagiaan mereka…