Bodoh VS Bijak!
KELMARIN seorang teman saya bercerita ketika kami menghadiri majlis pelancaran Anugerah Juara Lagu di Sri Pentas, katanya seorang kawannya bertanya apa perlu dijawab jika ada yang bertanya ” kamu ini bodoh ke cerdik?” Kawannya itu agak kabur untuk menjawab. Perlukah dia mengakui kebodohan atau hanya berlagak bijak. Saya cuma tergelak kecil mendengar. Hmmm… jika jawapan biasa tentulah ” saya bijak!”. Memanglah siapa yang mengaku bodoh memang dia bodoh la, tapi kalau yang tak mahu mengaku bodoh memang lagi teruk.Bukan setakat bodoh! Sombong pun sama! Akhirnya, jadilah bodoh sombong! Yalah, orang gila takkan mengaku dia gila. Orang yang bodoh pun takkan sesekali mengaku akan kebodohannya. Tetapi susah juga kalau kerana terlalu konfiden bisa membuatkan orang lain menggelar kita bodoh sombong! Tapi kalau hendak mengaku bodoh lagi la susah. Bukan ke itu boleh menjatuhkan martabat dan maruah diri? Tapi bagi saya secara peribadi, jika inginkan jawapan jujur untuk soalan itu, mungkin bergantung kepada rujukan bagi soalan itu sendiri. Lantaran, manusia ini memang dilahirkan sebagai insan dinamik yang ada kelemahannya. Kalau susah2 mengaku saja kebodohan kamu jika memang sudah lakukan kesalahan. Mungkin ia benar atau ikhlas pasti yang menerima jawapan kamu itu juga akan ikhlas dengan dirimu. Selain itu tak adalah kamu nampak seolah-olah menyombong dan sengaja ingin mengangkat diri sendiri! Hmm…
08/01/2009 at 11:34 pm
Orang yg sempurna akal fikirannya, ialah orang yg selalu memeriksa dirinya & beramal untuk bekal sesudah mati.
Sedangkan orang yg bodoh adalah orang yg mengikut mengikut hawa nafsunya dan mengharapkan ampunan dariNya tanpa sebarang amal.